Oleh : Muhammad Khairulanwar Ali Rahman / Ihsan Foto : Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Belia Asia Ke-3, 2025
MANAMA, Bahrain, Khamis, 23 Oktober. - Majlis Perasmian Sukan Belia Asia Ke-3, 2025 telah berlangsung di Exhibition World Bahrain, hari ini.
Berangkat ke majlis perasmian tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Olympic Council of Asia (OCA) Honorary Executive Board Member dan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
Sukan Belia Asia Ke-3 yang berlangsung pada 22 hingga 31 Oktober 2025 ini menghimpunkan lebih 4,000 atlet muda dari 45 negara Asia dengan mempertandingkan sebanyak 26 acara sukan.
Pada edisi kali ini, Negara Brunei Darussalam akan menyertai dua acara sukan iaitu Akuatik (renang) dan Golf.
Tahun ini merupakan penyertaan negara kali ke-3 pada Sukan Belia Asia dan penyertaan terakhir NBD ialah pada tahun 2013 di Sukan Belia Asia Ke-2, Nanjing, Republik Rakyat China.